PENGENALAN

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam atau lebih dikenali sebagai AKRAB merupakan program yang berkonsepkan rakan membantu rakan berteraskan asas kaunseling dan kemahiran membimbing dengan perkongsian input pengetahuan, nilai-nilai murni pada diri ahli AKRAB kepada rakan sekerja di organisasi. 

Konsep AKRAB membantu rakan diwujudkan bagi menyediakan medium perantaraan antara rakan sekerja dengan pihak pengurusan sesebuah jabatan. Selain itu membolehkan pegawai berkongsi idea, tempat meluahkan perasaan, memupuk semangat berpasukan dan mendapatkan bimbingan sokongan daripada ahli-ahli AKRAB.

Program ini telah dimulakan di perkhidmatan awam secara rasmi pada tahun 2005 dengan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 iaitu Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia. Pelaksanaan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam di kementerian dan jabatan merupakan sokongan kepada aplikasi psikologi dalam intervensi dan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1999 iaitu Panduan Mewujudkan Perkhidmatan Kaunseling Di Agensi Awam.


Visi

Menjadikan AKRAB sebagai Penggerak Pembangunan Modal Insan dalam Pengurusan Sumber Manusia.


Misi

Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi;

Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan kehidupan;

Berperanan sebagai pengantara antara pegawai dengan pegawai psikologi dalam membuat saringan kesesuaian masalah; dan

Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan perlaksanaan aktiviti AKRAB.


Objektif

Menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja bagi meningkatkan potensi dan kecemerlangan diri.


Moto

“Berkhidmat Membimbing”


Falsafah

Sebagai ahli AKRAB, anda perlu sentiasa menghayati falsafah AKRAB iaitu: “Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain”. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, tingkah laku, perhubungan, kreativiti dan nilai diri.


Prinsip

Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.


PENUBUHAN AKRAB KPWKM

Penubuhan AKRAB KPWKM bermula pada tahun 2005.  Kumpulan pertama ahli AKRAB KPWKM yang telah menerima pentauliahan ialah seramai 28 orang. Sehingga kini, AKRAB KPWKM mempunyai seramai 110 orang ahli AKRAB yang bertauliah dan terbahagi kepada dua (2) keurusetiaan:

  • Keurusetiaan di bawah Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPWKM: 

Bil

Agensi

Bilangan Ahli AKRAB

1

KPWKM

6

2

LPPKN

14

3

JPW

9

4

ISM

3

JUMLAH

32


  • Keurusetiaan di bawah Bahagian Kaunseling dan Psikologi JKM:

Agensi

Bilangan Ahli AKRAB

JKM

78