PERANAN AKRAB
  • Memberi sokongan kepada warga KPWKM untuk membuat perubahan yang lebih baik.
  • Menjadi perantara kepada Pegawai Psikologi dalam mengenal pasti isu-isu rakan sekerja.
  • Menjadi rakan sekerja yang peka kepada perasan orang lain dan keadaan sekeliling.
  • Membantu mewujudkan perkhidmatan penyayang di samping menjadi pendengar yang baik ke arah meningkatkan produktiviti dalam perkhidmatan.
  • Membantu menggalakkan dan mengenengahkan kesedaran dan kefahaman tentang kebajikan, keperluan serta kepentingan rakan sejawat.
  • Membantu mewujudkan suasana kerja yang sentiasa ceria dan harmoni.
  • Menggalakkan budaya kerja berpasukan.
  • Menerapkan nilai-nilai kesukarelaan dan empati.