Assalamualaikum dan Salam Keluarga Malaysia,

Saban tahun bermula September sehingga Februari, jumlah hujan yang dialami oleh negeri di Malaysia akan meningkat dan berpotensi menyebabkan berlakunya kejadian banjir. Banjir merupakan bencana alam yang kerap berlaku dan tidak dapat dielakkan apabila tiba musim tengkujuh. Banjir tidak sahaja menyebabkan kemusnahan harta benda mahupun mengundang kematian, malah mencetuskan penularan penyakit berjangkit.

Ini adalah kesan paling buruk dibawa banjir apabila kesihatan mangsa terjejas berikutan penyakit berjangkit mudah menular sewaktu dan selepas banjir. Ini kerana banjir yang berlaku akan menyebabkan sampah sarap dan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Sampah-sarap dan sisa najis ini bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit berjangkit.

Menjadi tanggungjawab kepada kita semua untuk menjaga, mengambil langkah pencegahan dan tindakan awal bagi mengenalpasti dan mengelakkan berlakunya jangkitan dan risiko penyakit berjangkit semasa dan pasca banjir.

Disertakan infografik Banjir dan Risiko Penyakit Berjangkit untuk makluman semua.

#AKRABKPWKM#BerkhidmatMembimbing#BantuDiriUntukMembantuRakan