Assalamualaikum dan Salam Keluarga Malaysia,

Memetik kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan: Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk dan hidayah kepada seluruh umat manusia. Antara perkara penting, Islam menganjurkan perpaduan dan kesatuan serta bertaaruf antara satu sama lain agar ikatan ukhuwah begitu ampuh sesama manusia. Ini akan memudahkan untuk kita mengimarahkan dunia yang layak menjadi khalifah Allah di muka bumi.

Justeru marilah kita menjadikan Nuzul Al-Quran sebagai inspirasi untuk bersatu hati serta bertoleransi antara satu sama lain agar kita semua mencapai kebahagiaan abadi. Salam Nuzul Al-Quran Tahun 2022.

"Ahli Al-Quran ialah Ahlullah. Bacalah Al-Quran. Kamu diberi pahala dengan setiap bilangan dan huruf dibaca"