Assalamualaikum dan Salam Keluarga Malaysia.
Apabila kita menyebut mengenai keseronokan bekerja, mungkin sesetengah orang akan merasa pelik dan lucu. Bagaimana kita boleh seronok dengan kerja? Kerja adalah kerja dan berapa orang yang sukakan kerjanya.
Samada kita suka ataupun tidak, kenyataan yang hakiki, sebahagian hidup kita dihabiskan di tempat kerja, di meja kerja dan di kalangan rakan-rakan sekerja kita. Walau bagaimanapun, kita mesti bekerja tidak kira dengan siapa, kerja apa atau di mana sahaja untuk menyara hidup dan keluarga. Ini adalah tanggungjawab kita.
Nyata sekali kurangnya semangat bekerja, bekerja tanpa motivasi serta tiadanya sistem bimbingan pengawasan yang praktikal akan menyebabkan timbulnya hasil kerja yang tidak berkualiti, produktiviti menurun dan mutu perkhidmatan yang tidak memuaskan.
Dilampirkan Infografik 9 Tips Seronoknya Bekerja untuk makluman dan perkongsian semua.
0 Comments