Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani,

Terma 'burnout' merupakan satu keadaan di mana berlakunya keletihan yang ketara dari segi fizikal, emosi dan mental beserta perasaan ragu tentang keupayan diri serta nilai pekerjaan seorang individu. Terma ‘burnout’ ini mula diperkenalkan seorang pakar psikologi iaitu Herbert Freudenberger pada tahun 1974. Namun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hanya mengiktiraf 'burnout' sebagai satu sindrom klinikal pada tahun 2019.

Semua orang berusaha dan cuba melakukan yang terbaik dalam pekerjaan tetapi ada juga yang bekerja secara berlebihan seperti bekerja sehingga lewat malam atau semasa hujung minggu dan juga mengambil beban tugas yang terlampau banyak sehingga sukar mencapai tarikh akhir yang ditetapkan.

Terdapat peningkatan yang ketara dalam kes ‘burnout’ secara global saban tahun dan pengiktirafan ini menyebabkan masyarakat dunia mula mengambil perhatian tentang stres di tempat kerja. Pekerjaan sebenarnya bukan sahaja merupakan punca pendapatan seseorang, tetapi ia juga boleh menjadi punca tekanan serta menjejaskan kesihatan mental sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.

Bersama-sama ini disertakan Infografik Cara Mengatasi Burnout untuk makluman dan perkongsian semua.