Pelbagai cabaran dan ujian telah Negara Malaysia harungi selama 66 tahun sebagai sebuah negara merdeka. Sungguhpun begitu, berapa ramai di antara kita ataupun dalam kalangan rakyat Malaysia itu sendiri yang benar-benar faham dan menghayati maksud sebenar erti kemerdekaan?

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengambil peluang menghayati makna sebenar kemerdekaan kerana sebuah kemerdekaan itu bukan hanya sekadar retorik pengkisahan sejarah semata-mata.

Sempena sambutan hari kemerdekaan Malaysia ke-66 bagi tahun 2023 ini, marilah kita mengambil peluang dan ruang bersama-sama menghayati erti sebenar kemerdekaan bagi menaikkan lagi semangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri masing-masing.

Jalur gemilang Bendera Malaysia,
Megah Berkibar Setiap Hari,
Selalulah Kita Berdoa PadaNya,
Supaya Malaysia Terus Aman Harmoni.
Bunga Raya Di Dalam Dulang,
Daunnya Pula Di Makan Ulat,
Rakyat Dibela Pemimpin Dijulang,
Malaysia Merdeka Kekal Berdaulat.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE 66!!!

Salam Tulus Ikhlas daripada Jawatankuasa AKRAB KPWKM