Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Malaysia Prihatin.

Seringkali kita didedahkan dengan pelbagai laporan akhbar dan media sosial peningkatan bilangan kes berkaitan isu kesihatan mental, kemurungan dan stres yang dialami oleh penduduk Malaysia yang tertekan dan terkesan dengan COVID-19.

Penjagaankesejahteraan kesihatan mental perlu diberikan perhatian sewajarnya bagi memastikan diri kita, ahli keluarga dan rakan sekerja sentiasa berada dalam situasi yang positif dan mampu melaksanakan tugasan harian tanpa bebanan. Berikut dilampirkan tips penjagaan kesihatan mental semasa wabak COVID-19 untuk makluman bersama.

Kami di AKRAB KPWKM sedia membantu bagi memastikan tahap kesihatan diri, fizikal dan kesejahteraan mental rakan penjawat awam yang lain sentiasa berada pada tahap terbaik bagi memastikan penyampaian dan perkhidmatan kepada kumpulan sasar di bawah KPWKM akan dapat diberikan dengan sebaiknya.

#AKRABKPWKM#BerkhidmatMembimbing#BantuDiriUntukMembantuRakanLain