Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Malaysia Prihatin.

Bilangan kes dilaporkan berkaitan isu kesihatan mental, kemurungan dan stres telah meningkat berdasarkan pelbagai laporan akhbar dan media sosial serta penemuan kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak.

Isu dan tanda-tanda awal kemurungan perlu diberi perhatian sewajarnya bagi memastikan diri kita, ahli keluarga dan rakan sekerja sentiasa berada dalam situasi yang positif dan mampu melaksanakan tugasan harian tanpa bebanan. Berikut dilampirkan komunikasi berkesan dalam membantu individu kemurungan untuk makluman bersama.

Kami di AKRAB KPWKM sedia membantu bagi memastikan tahap kesihatan diri, fizikal dan kesejahteraan mental rakan penjawat awam yang lain sentiasa berada pada tahap terbaik bagi memastikan penyampaian dan perkhidmatan kepada kumpulan sasar di bawah KPWKM akan dapat diberikan dengan sebaiknya.

#AKRABKPWKM#BerkhidmatMembimbing#BantuDiriUntukMembantuRakanLain