Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Malaysia Prihatin.
Pandemik COVID19 telah membawa norma baharu dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia. Walaupun kebanyakan daripada kita masih lagi Bekerja Dari Rumah (BDR), ada rakan kita yang hadir bertugas di pejabat mengikut giliran.
Isu stres di tempat kerja perlu diberi perhatian sewajarnya bagi memastikan pekerja sentiasa berada dalam ruang suasana persekitaran tempat kerja yang positif dan kondusif. Berikut dilampirkan tip bagaimana mengurus stres di tempat kerja untuk makluman bersama.
Kami di AKRAB KPWKM sedia membantu bagi memastikan tahap kesihatan diri, fizikal dan kesejahteraan mental rakan penjawat awam yang lain sentiasa berada pada tahap terbaik bagi memastikan penyampaian dan perkhidmatan kepada kumpulan sasar di bawah KPWKM akan dapat diberikan dengan sebaiknya.
#AKRABKPWKM#BerkhidmatMembimbing#BantuDiriUntukMembantuRakanLain