Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Keluarga Malaysia.
Seringkali kita membaca dan mendengar peningkatan bilangan kes dan isu berkaitan kesihatan mental, kemurungan dan stres seperti yang dilaporkan dalam medium akhbar, kandungan media sosial lain serta laporan penemuan kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak.
Penjagaan kesihatan mental perlu diberi perhatian sewajarnya bagi memastikan diri kita, ahli keluarga dan rakan sekerja sentiasa berada dalam situasi yang positif dan mampu melaksanakan tugasan harian tanpa bebanan. Berikut dilampirkan penjagaan tahap kesihatan mental sepanjang tempoh pandemik COVID-19 untuk makluman bersama.
Kami di AKRAB KPWKM sedia membantu bagi memastikan tahap kesihatan diri, fizikal dan kesejahteraan mental rakan penjawat awam yang lain sentiasa berada pada tahap terbaik bagi memastikan penyampaian dan perkhidmatan kepada kumpulan sasar di bawah KPWKM akan dapat diberikan dengan sebaiknya.
#AKRABKPWKM#BerkhidmatMembimbing#BantuDiriUntukMembantuRakanLain
0 Comments