Assalamualaikum dan Salam Keluarga Malaysia.

Masalah kewangan dan risiko dibebani hutang boleh menimpa sesiapa sahaja jika mereka tidak tahu cara bagaimana menguruskan kewangan secara berhemah. Namun, melalui pengurusan kewangan yang bijak pasti membantu anda merancang pendapatan dengan baik.
Jika anda sentiasa mengalami kesukaran untuk mengawal diri daripada tumpas kepada nafsu berbelanja berlebihan, mungkin boleh mengikuti tip mengawal perbelanjaan bagi mengelakkan pembaziran yang dikongsikan ini untuk makluman bersama.
Kami di AKRAB KPWKM sedia membantu bagi memastikan tahap kesihatan diri, fizikal dan kesejahteraan mental rakan penjawat awam yang lain sentiasa berada pada tahap terbaik bagi memastikan penyampaian dan perkhidmatan kepada kumpulan sasar di bawah KPWKM akan dapat diberikan dengan sebaiknya.
#AKRABKPWKM#BerkhidmatMembimbing#BantuDiriUntukMembantuRakanLain