Assalamualaikum dan Salam Keluarga Malaysia.

Peningkatan penggunaan komputer di kalangan masyarakat samada untuk tujuan kerja, pembelajaran mahupun bagi tujuan- tujuan lain seperti permainan komputer, melayari internet atau pencarian maklumat telah menimbulkan kebimbangan akan tentang kesannya terhadap fungsi penglihatan secara khususnya, serta kesihatan umum secara amnya.
Para pengguna komputer yang mengalami sindrom penglihatan komputer akan mengalami pelbagai masalah dan juga simptom, samada berkaitan penglihatan ataupun tidak. Namun langkah pencegahan seperti yang disarankan di dalam infografik ini mampu sedikit sebanyak perlindungan terhadap mata pengguna serta mencegah masalah-masalah yang mungkin timbul di dalam apa yang dikatakan sebagai epidemik abad ke-21.
Kami di AKRAB KPWKM sedia membantu bagi memastikan tahap kesihatan diri, fizikal dan kesejahteraan mental rakan penjawat awam yang lain sentiasa berada pada tahap terbaik bagi memastikan penyampaian dan perkhidmatan kepada kumpulan sasar di bawah KPWKM akan dapat diberikan dengan sebaiknya.
#AKRABKPWKM#BerkhidmatMembimbing#BantuDiriUntukMembantuRakanLain