Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Keluarga Malaysia.
CABARAN pandemik mengundang tekanan sangat besar hingga ada yang tidak mampu menghadapinya, memilih jalan singkat termasuk memutuskan untuk menamatkan riwayat sendiri. Namun, jalan diambil sama sekali tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya meninggalkan trauma mendalam kepada ahli keluarga ditinggalkan dari sudut emosi, sosial dan ekonomi.
Tanggungjawab keluarga dan kenalan rapat juga perlu untuk mengenal pasti gejala tekanan keranan pengesanan pada peringkat awal satu kemestian kerana masalah masih mampu dikawal dan mampu menyelamatkan jiwa seseorang. Dengan kerjasama, perhatian, bantuan dan sokongan pelbagai pihak, tekanan dihadapi kebanyakan rakyat mampu diurus dengan baik.
Kami di AKRAB KPWKM sedia membantu bagi memastikan tahap kesihatan diri, fizikal dan kesejahteraan mental rakan penjawat awam yang lain sentiasa berada pada tahap terbaik bagi memastikan penyampaian dan perkhidmatan kepada kumpulan sasar di bawah KPWKM akan dapat diberikan dengan sebaiknya.
0 Comments