Assalamualaikum Salam Keluarga Malaysia,

Pelbagai peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) perlu dipatuhi bagi memastikan penularan wabak COVID-19 ini berada dalam kawalan. Pemantauan dan penguatkuasaan yang diambil oleh kerajaan pada semua peringkat fasa adalah tepat dan sesuai dengan keadaan.
Langkah-langkah pencegahan seperti kerap membasuh tangan dengan sabun dan air atau menggunakan pencuci tangan beralkohol atau sanitiser, memakai penutup hidung dan mulut serta memastikan jarak sosial masih lagi perlu diberi keutamaan bagi memastikan rantaian penularan wabak ini dapat diputuskan. Masyarakat tidak boleh mengambil ringan dengan penurunan jumlah kes baru dan kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan.
Sekiranya berurusan atau berhubung dengan orang lain di mana jarakan sosial tidak boleh dilakukan atau bergejala, pakailah penutup hidung dan mulut bagi membantu dalam memutuskan penularan wabak ini. Pakailah penutup hidung dan mulut seperti disarankan pihak berwajib tetapi pastikan langkah-langkah penggunaannya dan pelupusannya dilakukan dengan betul agar berkesan.
Disertakan infografik Cara Mengguna Topeng Muka Dengan Betul untuk makluman semua.
#AKRABKPWKM#BerkhidmatMembimbing#BantuDiriUntukMembantuRakanLain