Assalamualaikum dan Salam Keluarga Malaysia,
Sudah terlalu banyak isu tekanan atau stres yang melanda masyarakat dibincangkan dalam pelbagai medium, selain macam-macam tindakan, strategi, galakan serta saranan bagi mengatasi masalah yang merisaukan ini. Isu ini lebih ketara dialporkan selepas negara dilanda pandemik COVID-19.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan menunjukkan menjelang 2020, penyakit mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar melanda masyarakat di negara ini selepas penyakit jantung. Setiap tiga daripada daripada 10 orang di negara ini yang berusia 16 tahun dan ke atas cenderung mendapat penyakit mental.
Mengikut laporan Kementerian Kesihatan, dianggarkan tiga daripada 10 pekerja di tempat kerja akan mengalami masalah mental. Oleh itu, bagi majikan menjadi tanggungjawab menyediakan suasana kerja yang kondusif, menjaga keharmonian, kebajikan dalam segenap aspek termasuk keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi mengelak tekanan di tempat kerja.
0 Comments