Assalamualaikum dan Salam Keluarga Malaysia,
Prosedur operasi standard (SOP) membabitkan pelbagai sektor pekerjaan di negara ini dibangunkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) adalah sebagai langkah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Laporan KKM menjelaskan gelombang ketiga pandemik COVID-19 di negara ini, sebahagian besarnya disumbang jangkitan tempat kerja. Ini dapat dilihat pada pertambahan drastik kluster tempat kerja dengan nilai kes melebihi 60 peratus.
Situasi pandemik COVID-19 dengan ketidakpastian dan perubahan drastik pelbagai perkara memberi tekanan kepada pihak pengurusan dalam penetapan dan pelaksanaan sistem kerja mengikut arahan dari semasa ke semasa pihak berkuasa.
Ketika dan pascapenularan pandemik COVID-19, sebahagian besar prosedur dan proses pekerjaan berubah sama sekali. Dengan adanya rancangan pengurusan perubahan, ia mampu meminimumkan konflik dan kecelaruan prosedur serta pelaksanaan sistem kerja lebih tersusun.
Penjarakan sosial perlu menjadi amalan utama untuk mengurangkan risiko jangkitan wabak COVID-19 seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan. Oleh itu, langkah-langkah di bawah boleh dijadikan panduan, terutama majikan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja yang kembali ke pejabat pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Disertakan infografik Tips Bagi Memastikan Tempat Kerja Kita Selamat untuk makluman semua.
0 Comments