Assalamualaikum dan Salam Keluarga Malaysia,
Perbuatan mencuci tangan dengan sabun perlu dijadikan amalan seharian, bukan hanya untuk mencegah penularan COVID-19 semata-mata tetapi juga mana-mana penyakit lain. Tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih. Basuh tangan dengan betul dan sempurna dengan air dan sabun:
(i) Sebelum dan selepas mengendalikan makanan
(ii) Selepas menggunakan tandas
(iii) Selepas mengendalikan sisa makanan
(iv) Selepas menghembus hingus
(v) Selepas mengendalikan bahan yang beracun dan merbahaya
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia lebih menggalakkan amalan mencuci tangan dengan menggunakan sabun berbanding penggunaan bahan nyah kuman, sekiranya orang awam ada akses kepada air dan sabun. Ini kerana sabun boleh membersihkan permukaan yang berminyak selain perlu kerap dilakukan. Apa juga jenis sabun boleh digunakan untuk tujuan itu dan langkah atau cara mencuci tangan boleh dirujuk kepada laman sesawang KKM.
Disertakan infografik Mencuci Tangan: Amalan Kebersihan Yang Betul Menghentikan Penyebaran Virus untuk makluman semua.
#AKRABKPWKM#BerkhidmatMembimbing#BantuDiriUntukMembantuRakan
0 Comments