Assalamualaikum dan Salam Keluarga Malaysia,

Semasa stres, pernafasan kita akan menjadi cepat tanpa kawalan. Ini menyebabkan pembuluh darah mengecut lalu mengurangkan kadar karbon dioksida dalam badan. Sebenarnya amat penting untuk kita menjaga kadar metabolisme dalam badan supaya dapat mengawal stres.

Dengan mengamalkan teknik pernafasan yang betul, kita boleh menjadi lebih tenang ketika berhadapan dengan situasi yang tegang. Ia dapat meningkatkan pertukaran antara oksigen dan karbon dioksida, meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan ketegangan.

Latihan teknik pernafasan dapat dilalukan dengan memilih satu keadaan yang tiada gangguan dan selesa. Disertakan infografik Teknik Pernafasan Dalam yang dapat membantu anda melalui hari-hari anda dengan lebih baik untuk makluman semua.
#AKRABKPWKM#BerkhidmatMembimbing#BantuDiriUntukMembantuRakan