Assalamualaikum dan Salam Keluarga Malaysia,

Pandemik Covid-19 yang menular di seluruh dunia menyebabkan segelintir masyarakat yang mengalami kerisauan yang berlebihan sehingga menimbulkan gangguan kepada terhadap kesihatan dan kehidupan. Individu seperti ini berkemungkinan akan mendapat penyakit tertentu yang dibimbangi akan membawa mudarat besar kepada dirinya atau orang di sekeliling.

Individu perlu bijak menapis setiap maklumat yang diperoleh dan pastikan ia diperoleh daripada sumber yang sahih dipercayai. Pada masa sama, individu terbabit boleh berbual dengan rakan dan keluarga yang dipercayai bagi mendapatkan maklum balas terhadap perilaku diri.

Biarpun nampak seperti tidak serius, sekiranya kerisauan melampau terhadap penyakit ini tidak ditangani ia boleh mengganggu kehidupan seharian. Latih diri untuk kembali kepada rutin secara bertahap mengikut kemampuan. Perkara paling utama sekiranya keadaan semakin tidak terkawal adalah dengan mendapatkan bantuan profesional.

Disertakan infografik Kembali Bekerja Dengan Tenang; Kerisauan Pekerja; Langkah Tangani Kerisauan dan Peranan Majikan untuk makluman semua.

#AKRABKPWKM#BerkhidmatMembimbing#BantuDiriUntukMembantuRakan