Assalamualaikum dan Salam Keluarga Malaysia,
VIRUS Corona 2019 (COVID-19) mula dikesan di Wuhan, China pada bulan Disember 2019 dan sejak itu telah menular secara meluas ke negara-negara lain di seluruh dunia. Dengan peningkatan bilangan pesakit yang dijangkiti wabak saban hari, adalah penting untuk kita menyedari tentang impak psikologi atau kesihatan mental terhadap bencana ini.
Antara impak psikologi yang dikenal pasti termasuklah gejala kemurungan, gemuruh dan tekanan. Mengikut satu kajian yang diterbitkan oleh International Journal of Research and Public Health baru-baru ini, terdapat 53.8 peratus responden melaporkan impak psikologi yang sederhana sehingga teruk.
Tindakan proaktif menerusi pendidikan kesihatan, penyaluran maklumat yang tepat serta panduan menguruskan tekanan dan emosi dapat mencegah impak psikologi untuk jangka masa panjang. Umum mengetahui bahawa perasaan cemas, gemuruh serta sedih ketika menghadapi tekanan adalah sebahagian dari kehidupan terutamanya jika terdapat situasi yang mendatangkan bahaya serta tidak menentu. Bagaimanapun, ia menjadi masalah jika berpanjangan atau menjejaskan fungsi harian seseorang individu.
Disertakan infografik Keibubapaan Pasca COVID-19: Kekal Tenang Menguruskan Tekanan untuk makluman semua.
0 Comments