Assalamualaikum dan Salam Keluarga Malaysia,
Amalan perancangan kewangan yang baik dalam kalangan isi rumah diharap mampu menstabilkan ekonomi keluarga, mengekalkan harmonisasi dalam pasaran dan yang paling penting dapat mengelakkan isi rumah dari berhadapan dengan masalah defisit kewangan.
Rakyat Malaysia perlu berbelanja secara berhemah dengan mengutamakan keperluan berbanding kehendak. Dalam tempoh menghadapi krisis ekonomi, kewangan dan peningkatan inflasi kos sara hidup, segala perbelanjaan bersifat kemahuan atau kehendak perlu diketepikan buat sementara waktu. Masyarakat negara ini perlu bijak dalam menguruskan kewangan dengan meletakkan perbelanjaan kepada sesuatu yang lebih berobjektif ketika dilanda bencana.
Ketua isi rumah perlu memainkan peranan bijak menentukan perbelanjaan berhemah dan sistematik. Amalan perbelanjaan baik harus dilaksanakan bagi memastikan sumber kewangan dibelanjakan tidak membazir begitu sahaja. Ini kerana perbelanjaan dilaksanakan melebihi sumber kemampuan pendapatan menyebabkan ekonomi isi rumah defisit atau mengalami ketidakcukupan kewangan.
Ini boleh diatasi dengan melaksanakan muhasabah kewangan sebelum sesuatu perbelanjaan dilaksanakan, agar pembelian lebih berobjektif. Justeru, perancangan kewangan yang baik melalui kaedah muhasabah kewangan dapat membantu isi rumah melaksanakan perbelanjaan dengan berhemah dan tiada unsur panik dalam pembelian.
Disertakan infografik Belanjawan Keluarga Semasa Tempoh Tekanan Kewangan COVID-19 untuk makluman semua.
#AKRABKPWKM#BerkhidmatMembimbing#BantuDiriUntukMembantuRakan
0 Comments