Assalamualaikum dan Salam Keluarga Malaysia.

Remaja mula mengalami perubahan pada rupa bentuk badan atau fizikal, pemikiran atau mental, emosi, sosial dan tingkahlaku seawal usia 10 tahun. Perubahan ini adalah disebabkan oleh perubahan hormon yang terdapat di dalam tubuh semasa proses peralihan dari kanak-kanak kepada dewasa.

Semua perubahan ini boleh mendatangkan masalah bagi remaja, ditambah lagi dengan tanggungjawab baru yang perlu dipikul oleh mereka dan ekspektasi daripada orang sekeliling mereka membuatkan mereka berasa tertekan dan bingung dengan perkara yang berlaku ini. Sekiranya mereka dibimbing dan diberikan pengetahuan serta kemahiran untuk menangani semua ini, maka zaman remaja dapat dilalui dengan sempurna dan berjaya.

Menyedari bahawa semua remaja berbeza, ia mempunyai implikasi sangat penting untuk sesuatu perkara seperti pendidikan dan pengiklanan. Tambahan pula pandemik COVID-19 telah memberikan kesan dan impak kepada kehidupan dan rutin harian para remaja kita termasuk berkaitan pendidikan, amalan sosial, diet pemakanan dan sebagainya.

Dilampirkan Infografik Keibubapaan Pasca COVID-19; Tips Keibubapaan Anak Remaja untuk makluman dan perkongsian semua.