Assalamualaikum Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia,
Tuntutan kewangan pada hari ini telah merubah trend dalam pekerjaan di mana kebanyakan daripada kita perlu bekerja bagi menampung keperluan isi rumah keluarga dan anak-anak. Hampir separuh daripada masa kita dalam sehari banyak dihabiskan di tempat kerja; dan boleh dikatakan telah menjadi rumah kedua kepada mereka yang bekerjaya.
Sudah semestinya kita memerlukan ruang dan tempat kerja yang kondusif, mempunyai aura positif, boleh meningkatkan prestasi kerja dan kemahiran peribadi serta mampu memberikan ketenangan emosi dan minda bagi memastikan pencapaian dan kepentingan organisasi menjadi keutamaan tertinggi.
Bersama-sama ini disertakan tip Tempat Kerja Yang Menyihatkan Minda untuk makluman dan perkongsian semua.
0 Comments