Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kebanyakan daripada kita menghabiskan masa hampir separuh hari di tempat kerja. Seseorang itu pastinya akan diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran bagi melihat sejauh mana nilai dan etika semasa melakukan pekerjaan yang diamanahkan kepadanya.
Integriti merujuk kepada sifat jujur dan telus dalam menjaga nama baik daripada melakukan sebarang bentuk penyelewengan. Seseorang yang tiada kesedaran integriti dalam dirinya, pasti akan menganggap segala perlakukan dan tingkah lakunya tidak salah dari sudut etika kerja.
Justeru, bagi memastikan perlaksanaan integriti dalam diri setiap manusia tidak kira sama ada pegawai atasan mahupun staf bawahan, ia memerlukan kesedaran awal dalam setiap diri masing-masing. Sudah tentu, kesedaran itu timbul daripada kesucian dan ketulusan hati termasuk jiwa yang berlandaskan kepada keutuhan akhlak dan budi pekerti sempurna.
Bersama-sama ini disertakan Infografik Amalan Berintegriti di Tempat Kerja untuk makluman dan perkongsian semua.
0 Comments