Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sikap menangguh atau melambat-lambatkan suatu pekerjaan tidak digalakkan kerana ia bukanlah sikap yang baik. Lazimnya, kerja atau tugasan yang bertangguh atau sengaja dilambat-lambatkan akan menghasilkan output yang kurang sempurna. Malah, adakalanya langsung tidak menjadi dan terbengkalai begitu sahaja.
Tidak menghargai kepentingan tugasan, tidak memahami dan mempunyai idea bagaimana menguruskan tugasan dan memilih melakukan sesuatu perkara yang lebih menarik berbanding perkara wajib merupakan antara sebab kenapa tugasan ditangguhkan atau tidak dilakukan.
Sebenarnya, kita hanya mengatasi sikap bertangguh, bukan menyembuhkan penyakit suka bertangguh ini. Ianya berkaitan dengan menguruskan psikologi dan tingkah laku, supaya kita dapat menyelesaikan perkara yang penting. Sikap bertangguh adalah jurang antara kemahuan dan perbuatan. Disebabkan itulah setiap kerja yang diamanahkan mestilah dibuat dengan teliti dan sempurna.
Bersama-sama ini disertakan Infografik Tips Positif Atasi Sikap Bertangguh untuk makluman dan perkongsian semua.
0 Comments