Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kemodenan dan kecanggihan teknologi telah merubah cara manusia berkomunikasi dan berinteraksi serta menjadi tren kehidupan masyarakat pada hari ini. Media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Instagram, Telegram dan seumpamanya telah menjadi wadah penyebaran maklumat dan perhubungan yang penting dalam kehidupan seharian kita.
Pada waktu yang sama, media sosial juga boleh menjadi medan bagi menggalakkan perbalahan, kebencian, fitnah, buli siber dan keganasan. Tidak kurang juga ramai anggota masyarakat hari ini terperangkap dalam budaya menghasut, memfitnah dan menyebarkan kebencian dalam penggunaan media sosial.
Dalam konteks komunikasi dan interaksi di media sosial, menjaga tutur bicara dan perkataan itu penting demi memastikan bahawa setiap perkataan yang kita lafazkan atau pun kata-kata yang kita tulis itu adalah sesuatu yang elok, baik dan pasti kesahihannya.
Ini termasuklah menjauhkan diri dari bertutur dengan kata-kata ataupun menggunakan perkataan yang tidak sesuai dan keji seperti menghina, mengejek, mencela, berbicara dengan perkataan-perkataan yang kurang sopan dan segala bentuk perkataan buruk lainnya.
Bersama-sama ini disertakan Infografik 10 Tips Untuk Menjadi Pengguna Media Sosial Yang Baik untuk makluman dan perkongsian semua.
0 Comments