Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Pada 6 Januari 2023 yang lepas, AKRAB KPWKM dengan kerjasama dari pelajar Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia telah mengadakan program ekspresif terapi seni dengan tajuk Hello 2023: Welcome New Me (Eksresif Seni) yang melambangkan kehadiran tahun 2023. Program ini bertujuan untuk:
- Memberi pemahaman kepada peserta tentang penjagaan kesihatan mental melalui ekspresi artistik, kesejahteraan diri dan keluarga berkaitan perundingan
- Galakkan peserta program berkongsi cerita dan pengalaman serta memupuk semangat keberanian dalam masyarakat
- Meningkatkan keyakinan dan kewarasan dalam diri peserta untuk menangani isu semasa dan kaedah yang sesuai untuk menangani tekanan, sama ada di tempat kerja atau rumah, dan seterusnya dapat membantu rakan sekerja
Program diadakan di Pusat Kesejahteraan Psikologi, Aras 19 KPWKM dengan kehadiran peserta seramai 20 orang yang terdiri daripada ahli AKRAB KPWKM.
Melalui program ini peserta dapat meluahkan perasaan dan kreativiti melalui seni serta membina semangat, keazaman dan harapan yang positif sebagai permulaan tahun 2023. Berikut adalah sorotan daripada aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung.
Antara pengisian program adalah Gratitute Jar dimana peserta diberikan balang dan bahan untuk mendekorasikan balang mengikut kreativiti masing-masing. Kemudian, peserta akan memberikan refleksi seni berkenaan dengan balang yang didekorasikan. Untuk aktiviti seterusnya, peserta akan menulis azam dan harapan yang mereka harapkan untuk tahun 2023 di dalam kertas kecil dan dimasukkan ke dalam balang tersebut. Balang tersebut akan menjadi saksi bagi impian setiap peserta untuk tahun 2023 ini. Dan akhir sekali, peserta akan memilih 3 Wish dari balang tersebut dan dibacakan kepada semua peserta bagi memberi semangat dan harapan kepada peserta lain. Program ini berakhir dengan sesi bergambar dan minum petang.
Terima kasih kepada pelajar dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia atas kolaborasi dan penganjuran program ini.
Goodies yang disediakan oleh pelajar yang mengandungi bahan aktiviti
0 Comments